Barah payudara adalah ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Apa faktor - faktor berlakunya penyakit ini?
• Faktor yang sebenarnya masih belum diketahui.
• Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa punca utama penyakit ini ialah:
- Faktor genetik
- Faktor persekitaran
- Cara hidup
- Radiasi
- Pil perancang dan terapi hormon gantian
- Umur,bangsa,saiz tubuh
- Riwayat haid - Jumlah anak
Tanda-tanda kanser payudara
1) paras puting tidak sama.
2) Terdapat lekukan di kulit payudara.
3)Keganjilan saiz.
4) Perubahan warna.
5) Kulit kelihatan kemerah-merahan.
6) Puting tertarik ke dalam kulit (retraction).
7) Kulit seperti kulit orange.
Bila perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)?
- Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
- Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
- Ia boleh dilakukan sama ada dengan cara berdiri di hadapan cermin atau berbaring.
Tanda-tanda amaran
- Benjolan di payudara atau ketiak
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
- Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.